Friday, 27 November 2015

padan muka

Hati ni mudah sangat terusik . manusia kan . buat silap . insaf . buat silap balik . dan ianya berulang . itu takpe lagi . kalau buat silap tak insaf insaf haa ni makan dia *tampar*  . 

sakit la . rasa macam hati ni kena hiris seakan akan sebelum ni tak pernah sakit hati pulak . pernah je sakit hati sebab kes yang sama macam sekarang . but now its different . sampai tahap tahu mana silapnya haa padan muka ! 

nak berubah ni memang kena berkorban . apa yang selama ni kau tak buat tetiba kene buat kau ghase ? agak pahitlah untuk ditelan . tapi itulah pengorbanan yang Allah takkan lepas pandang sebab sekecil mana pun kebaikan yang kau buat Allah akan kira . macam makan ubat . kau sakit . kau akan makan ubat . berterusan sampai kau rasa sihat . ubat tu pahit untuk ditelan . nak sihat kau pun em ngap jelah . lama lama sihat . sama jugak proses nih . kau tengah sakit . rosak . rosak kat dalam . hati jadi hitam . nak bersihkan balik . kau pun solat , puasa , ngaji . haa masa proses ini turunnya ujian dan dugaan buat kau . Allah nak duga sama ada kau buat ini untuk Dia atau untuk siapa . 

orang yang selama ni kau berkawan mula tinggalkan kau . tomahan semua maki bagai dari orang sekeliling . elsa kata let it go . hadam je la nak . itu tandanya Allah sayang kamu . lama kelamaan kau pun berubah ke arah yang lebih baik . haa orang yang maki kau tu tumbuk dia puas puas eceh takdela *gurau*


hati dan perasaan yang sensitif . kena jaga . 

hidup kat u ni macam macam jadi . pergaulan bebas . takde kawalan . lagi lagi tinggal bersebelahan blok lelaki . hati hati ada yang memerhati *jeling* . cabaran dia MasyaAllah . Allah je yang thu . betul lah kata kawan . sebab dia masuk u dulu sebelum aku . dia cakap macam macam orang kita akan jumpa . nmpak student tapi bukanlah student yang kau imagine . ada yang pregnant . ada yang dah kawin tu normal lah . dah ada anak . dan banyak lagi . pengalaman hidup kat u ni memang la seronok . meghasa jadi budak u . tapi aku cakap apa yang seghonok sangat . maksudnya haha tak perlu ecpext tinggi sangat duduk u dapat langgar langgar denga zauj/zaujah kat library . dan macam macam lagilah kat drama tibi tu . assingment menggunung . kain bertimbun tak basuh . markah exam macam harumph . yang bagus tu baguslah . yang tak bagus tu macam akulah hahahha . jadi jangan contohi orang macam aku . 

tiba tiba share pengalaman hidup kat u .  baru dua bulan ada hati nak bercakap *pandangatasbawah* . ambiklah iktibar . aku pun ambik iktibar dalam pengalaman sendiri sebab dah terkena batang hidung sendiri haa baru thu ghase dia . 

pengalaman sendiri membuatkan diri jadi lebih baik . tapi pengalaman orang lain membuatkan diri lebih lebih baik . 

Unik Sikit

Jadi lain dari yang lain . berbeza dengan orang lain . tak perlu la nak buat sesuatu yang tak mungkin kau boleh buat sebab nak jadi beza daripada orang sekeliling kau . tak perlu susahkan diri . buat benda yang mudah je . yang sekarang ni tak ramai orang boleh buat termasuk aku


bina keyakinan diri . self confidence is very important . nampak betapa pentingnya keyakinan diri baru tersedar betapa pentingnya keyakinan diri ni yang selama ni ambik mudah je , bila orang lain memceritakan kisah hidup dan pengalaman beliau . selain berkisarkan keyakinan diri yang beliau ciptakan dalam diri , ianya seiring dengan kejayaan yang beliau kecapi hingga sekarang . Alhamdulillah . memberi kesan yang cukup dalam kepada kami yang mendengar . tak tahulah bagi orang lain . kalau aku makan dalam dah *ngapngap*


cukup memberi kesan yang apa oghang kata ghase nak ikut apa yang dia buat . ikut jejak kasih . bina keyakinan diri macam berani melontarkan pendapat , beri ucapan depan orang ramai . as a student , kalau dalam kuliah tu berani je cakap kalau tak paham . kalau nak present kat depan tak perlu takut . tu semua tak nmpak lagi dalam diri aku *sigh*


keyakinan diri tu penting . kalau kat u pun kau dah teragak agak , nanti intebiu keje cemana pulak ? berdepan orang orang yang hebat , ehh kat u pun dah berdepan dengan lecturer yang hebat hebat apatah lagi di tempat kerja .


betul . cikgu kat sekolah ada cakap  .cabaran kat luar tu lagi besar . kau keluar je dari sekolah lagi banyak cabaran besar yang kau akan hadapi . at first memang tak paham . apa cikgu ni just enjoy your life lah . *geleng* . its not easy as you think . boleh cakap cenggitu sebelum menghadapi . haa kalau dah menghadapi aku nak denga apa kau cakap mwhahaahha


in my opinion , hidup selepas habis sekolah ni , memang susah . semua benda akan jadi lain . jangan risau akan jadi kat kau jugak . kena lawan dengan emosi . perasaan . ketabahan diri . berdikari . kewangan apatah lagi -.-  . baru 2 tahun hidup di luar alam persekolahan yang aku rasa mudah tak perlu susah susah . kerja kau hanya belajar . duit mak abah bagi . bukanlah maksud aku senang tu kacang sangat . tapi nak dibandingkan dengan cabaran luar ni peh macam langit dengan bumi beb . belom lagi orang yang dah menempa kejayaan sampai dah master phd . keje di syarikat syarikat besar . apa agaknya mereka hadapi sebelom capai kejayaan tu *thumbsup*


cubalah buat sesuatu yang baru . bukan sahaja orang akan pandang hormat pada kau , tapi diri sendiri nanti akan rasa bangga dan membuahkan hasil yang mantop . barulah unik :)
eh bukan kumpulan unic yang nasyid tu hehe

demi harapan mak abah . go bebeh!





Sunday, 22 November 2015

Seimbang

Dah rasa stress . tekanan . assignment menimbun . sape suruh tangguh .

ketenangan hati tu susah nak dapat bila dah serabut sangat . pikir ini pikir itu . banyak sangat pikir . bagi aku ketenangan tu kalau nak betol rasa tenanglah more to kerohanian . zikir ke . ngaji ke . kekadang tu kene tinggal jap benda benda lain and buat apa yang kau suka dulu . tapi bukan dalam tempoh jangka panjang la *angkatkening*

kene pandai urus masa . eh tak terlambat lagi lah . boleh je buat sekarang . esok buat apa lepas ni buat apa but make sure kau ikut la . kau tak boleh lebih ke sini aku sana . maksudnya kalau kau main see-saw atau jongkang jongkit apetah ejaan dia . kalau main bende tu kau kene sorang turun baru sorang lagi naik . dan sebaliknya . tapi kalau nak apply dengan konsep ni , kau seimbang kan dua orang tu . takde sorang kat atas takde sorang kat bawah . balance .

tak boleh fikir dunia je . fikir juga apa yang kita kene buat untuk bawak esok jadi bekal . sebab peringatan untuk diri sendiri jugak , manusia sekarang mencari perkara yang tak perlu dibawa ke 'hari' esok pon tapi tak pulun pun mencari perkara yang seharusnya dijadikan bekal .

jawab exam . tapi tak solat . study kemain . kau ghase ? kalau dapat score sekalipun itu rezeki Allah bagi kat dia . itu antara dia dengan Allah .
jawab exam . solat . tak study pun . acano ? kalau dapat score sekalipun rezeki Allah bagi jugak .
jawab exam . solat . study . hmph ade chance ni . yakin tu ada . In Shaa Allah .

itu yang cuba disampaikan . takat mana yang kita boleh dah sampai situ je . tapi takat mana kita usaha takat tulah hang dapat . adil kan ? you get what you give .

we must not give up kemon gais !

Tikam

Tajuk kali ni tikam .

Boleh jadi tikam nombor . Tikam belakang .

Macam kawan makan kawan . Tak elok cenggitu . Depan baik , belakang cakap lain . Macam duit syiling *jeling*

Tak semua orang kita boleh percaya . Termasuk kawan sendiri . sebab pernah terbaca . hati hatilah dengan siapa kau percaya , sedangkan syaitan pun asal dia dulu dari syurga .

tikam kawan . tikam belakang . bukanlah bermaksud amek pisau cocok belakang kawan kau . sedangkan cakap belakang pon dah dkira makan kawan apatah lagi perbuatan kau yang memalukan kengkawan kau sendiri . kalau dah ghase kawan tu tikam kau tinggalkan je . tak perlu pikir lama . esok esok dia thu la cari kau lubang cacing sekalipun bila dia perlukan kau je .

ahh tinggalkan jela senang cite . hehe*gelakjahat*

sama sama ubah diri . bersyukur dengan apa yang ada . ingat . kamu bukak aib orang di dunia ni , esok kat Akhirat Allah balas bukan setakat engko dengan orang lain sekali boleh nmpak apa kau buat . umpama macam projector tu semua orang boleh tengok , tak sanggup beb . malu *tutupmuka*

diri sendiri pun buat salah . tengah berusaha dan terus berusaha untuk bersyukur sebab syaitan selalu berbisik kat telinga nonstop so kita pon kene nonstop untuk buat kebaikan sebab ianya mencegah kemungkaran . haa gituh ,

Friday, 13 November 2015

Tak lama

situasi dia macam bergolak . diri sendiri takthu cemana nak cakap . dalam hati orang kita tak thu apa dia rasa . sakit ke eh terguris ke . menangis ke . takboleh jadi ni beb . bahaya . susah kau kat sana nanti . kat sini apatah lagi .

kompius dengan tindakan dia . marah ke . merajuk ? pendam . amek hati ? pasangan seharusnya melengkapi di antara satu sama lain . tapi aku tak nmpak tu . nmpak dua dua taknak mengalah . masing masing tunjuk ego . yang mangsanya aku . ke aku yang bawak masalah ? *kerut*

aku tak marah beb . tak salahkan siapa . Allah je tahu hati orang cemana . cuma sedih . apa yang sepatutnya kau buat kau tak buat . apa yang sepatutnya kau tak buat kau buat beb . aku nmpak .

ada sebab semua bende tejadi . kenapa aku taknak ini kenapa aku taknak itu . aku takut kau salah faham je . and aku taknak kau amek hati apa yang aku buat .tapi kalau kau amek hati dan kau rasa aku buat bende yg betol tu takpe . anggapla ianya teguran dan itu je mampu aku buat . nak pukul tak boleh . aku doa jangan risau . kalau kau amek hati dan kau rasa aku buat bende yang salah tu aku tak paham . cemana boleh nmpak salah eh . maknanya kau still taknmpak la tu . sokay pelan pelan .

Allah takkan ubah orang tu kalau orang tu tak ubah diri sendiri dahulu . betol ke ?

aku tak nmpak perubahan pon . not even apa orang kata tahla . Takpe . mungkin ada perubahan . In Shaa Allah amiin . Allah nmpak aku tak nmpak . seburuk buruk orang tu pun ade kebaikan deep in their heart .

tak lama dah . tolonglah cepat . aku risau kita semua risau . kita saudara Islam saling nasihat menasihati . takde istilah cermin diri dulu sebelum nasihat orang . kalau macam tu memang tak wujud nasihat kat dunia ni sebab nak tggu sempurna diri memang taklah sebab nobody is perfect . i am nobody eceh tetibe takdelah saje je nak tuka mood hee .

ingat . Allah memerhati setiap pergerakan kita . harapnya kanan yang banyak mencatit . kiri berpeluk tubuh . sama sama buat kebaikan . takpe . pelan pelan eh . buat baik sikit pun tak apa . its a wake up call :)

Cuti

Hmph

Cuti ni tak buat apa apa pun . bejalan pun tidak . sebab masa bejalan tersangat lah pantas . hari ni hari khamis . esok dah jumaat .

cuti seminggu . cuti deepavali . sedap suara shila amzah nyanyi lagu tamil ritu dengar . torbaik *tepuktangan* . cuti ni selalunya marathon movie time tak cuti pun selalu . tido lambat . bangun lambat . kesudahnya sampai la sekarang . lagho *gelengkepala*

gunalah masa tu sebaik mungkin . tak dapat patah balik dah klu nak masa yg kau bazirkan tu . kat rumah assignment memang tak jalan . banyak sangat dugaan . katil yang empuk sebab tak ada katil yang empuk selain katil di rumah . tv yang selalu terpasang . makanan yang sedia terhidang . mesin basuh yang tidak mengecewakan . sifat kemalasan yang melanda diri membuak buak . sampai ke anak tekak eh lain dah tu *jeling*

jangan lagho . jangan dok sengsorang . bahaya . macam macam dalam kepala hotak nanti . p keluar menikmati keindahan alam . In Shaa Allah tenang :)

cuti ni selalunya hotel penoh dah kene book . cuti sekolah kan . nak bawak family bejalan . take my advice , book awal awal sebelum cuti sekolah datang .

kenapa ikan tu pandang aku . lain macam . eh pandang lagi . kau kenapa beb *pandang* . lapo ke .

ok dah bagi makan . tak tenung dah . gelila tengok atas kepalanya . ikan emas . lapo ghupanya . macammana nak thu ikan tu lapa ke tak . tunggu dia tenung kau

cuti banyak lagi lepas ni . dun worry . bukan minggu ni je cutinya .

Monday, 9 November 2015

Kreatif

Tangan ni rasa gatal . nak melukis . nak buat seni . nak tulis . masa banyak . tapi belajar taknak . tak sedar naik cuti ada exam . 

sekejap sangat . masa terhad . banyak benda lagi tak buat. dengan krisis dunia . haih . 

tengok tv . takde cite best pun , nama je cuti sekolah .  hmph . nak buat kerja sekolah tapi tangan ni taknak amek buku tu pegang pen tu tulis . kira . tapi tangan ni nak lukis , 

skype dengan kawan . asal awkward eh hehe . dah lama tak jumpa . kawan lama . bila tah jumpa . ok back to the topic . 

em so bila banyak masa ni . buatlah mana yang tertangguh . buat mana yang perlu dulu . macam kerja sekolah . study . pastu barulah marathon movie . jejalan ngan kengkawan . be creative :)

dalam mengisi masa lapang tu isi lah dengan perkara yang baik , jangan menyesal di kemudian hari .


 

Nafsu

Nafsu ada banyak . nafsu makan . nafsu shopping dll . macammana nak handle nafsu ? em nantilah .

nafsu shopping memang susah nak control . lagi susah kalau orang tu yang suka boros . sume benda dia nak beli . itu sebab kena list barang keperluan apa yang kene beli dulu baru beli barang yang tak perlu .

nafsu makan . hm. tak boleh tengok makanan . kalau nmpak je ngap . nmpak je ngap .

jadi macammana nak handle nafsu ni ni ni ?

diri sendiri yang boleh ubah .

nafsu dalam diri kita pun tak boleh dielak . itu yang paling susah nak control . bila buat baik rasa macam ada halangan sebab nafsu tak suka kebaikan . itu apa yang aku tahulah . nafsu tu macam kehendak . iyeke ? iyelah . tapi ke arah yang tak baik .

tapi susah susah pun ada je langkah mengatasi . cuma kita je nak ke taknak . banyakkan zikir . banyakkan ngaji . doa itu penting . mintak perlindungan Allah .

jom amalkan !