Thursday, 29 October 2015

Makanan

berita baik katanya . sapa yang tak suka makanan tuh meh sini nak pukul *tepukdinding*

em takpayah la . baghu nak letak gamba makanan . banyak sangat la tak thu nak letak mana satu . tergugat iman *angkatkening*

tak pasti area mana yang sedap makanan dia kat Bangi nih . sebab wa jarang round Bangi . kat sini macam pusat pendidikan eh pusat betolke . tahla . ukm upm ilkap ilim . dari rumah ke sini mesti nampak diorang ni .

walaupun orang sini maaf tak thu nak promote kedai mana tah . sebab kami sendiri tak ghajen bejalan *nipuje* . tapi kalau makanan yg pernah aku makan pehhh sedap ! boleh la klu nak share mwahahahaah .

tutup mulut tu


pehh ini desert torrrbaik yang pernah dirasa . sebab macam macam kau boleh letak . buah ada . cekelat ada . dan macam mcam lagi lah . best kan ? best lagi lagi lagi lagi harga dia . make sure sebelum masuk kedai nih ada lah kurang kurang rm20 . eh sis tak tipu . aku kedekut memang kedekut . so disebabkan harga die berdasarkan berat bekas tu , aku pun amek cipuuut je . itupun dah telan rm11 lebih . ghase ghase yang jenis amek standard biasa biasa tu buah sikit tabur cekelat sikit macam main masak masak tuh mau telan rm15 lebih . dok meleleh nengok sebab dah lama tak jenguk kedai nih . almaklumlah , tarik poket keluar lalat dok teghebang . apa busuk sangat ke poket aku *lompatbintang*

tak boleh nak tetapkan kedai tu kat mana sebab kedai ni agak rare . susah nak jumpa . rajin rajinlah mencari . Yogurtlicious pon sama je :) 

lap air liur tu

cendol pemanis mulut . menjadi makanan sampingan yang wajib pelahap setiap hari jumaat lepas habes sekolah . port kedai cendol menjadi tempat spent time ngan kengkawan cewah macam tak jumpe kat kelas tadi *angkatkening* . em masing masing punya taste tapi empunya diri suka cendol biasa je . bukan yang pulut la durian la . tak . yang kosong je . eh cendol boleh dapat mne mne je kekadang kat Tesco pon boleh dapat . gerai tepi jalan apatah lagi . 

Tesco Ampang . Sebelah sekolah aku . Tepi masjid .

pegi masak maggi

udang die besar beb . sedap la boleh tahan . hehe ini pun tak pasti haritu makan kat mne . Taman Dagang tak silap . tapi bukan kat situ jela ada jual mee udang tempat lain pun mesti ada . hehe saja nak letak gamba bagi korang cair *lapairliur*

hmphh

panas panas dia bagi kau dalam claypot tu . pedas mestilah pedas kan . asam pedas Melaka . makan berpada pada jangan sampai kene gasterik . sebab die asam pedas . 

Melaka area Pengkalan Balak kedai first sekali . tapi semua kedai kat Melaka ada asam pedas .

emm nak list sume penat la . google area Bangi mana makanan sedap . kompom ada . 
jadii mari kita makaaaaaaaan ngaaap . 


Biasa la tu

Tak semua yang kita nak akan dapat . emm aku nak jadi kaya . tapi kenapa sampai sekarang aku tak kaya kaya jugak ? doa dah doa . usaha pun dah usaha . nak apa lagi ?
Soal doa termakbul atau tidak . mesti termakbul . tapi masa tak thu bila . Allah nak bagi kau kaya but not this time . mungkin nanti kau dah besar sikit . dah pandai urus diri . dah pandai urus kewangan . dah pandai berdikari haa baru Allah bagi kau kekayaan yang kau nak sangat tu .

Terbaca satu cerita . satu family pergi masjid subuh berjemaah naik kete beso . i mean mahal la . orang kaya mampu beli . cemburu ghasenye . dah la kaya ugama kuat pulak tuh . uish hebat tuh *thumbsup* . mula pikir eh kenapa aku tak ghase gitu ? tak merasa nak jadi orang kaya ? nak jugak rumah besar kete besar . hati kata Ya Allah bagilah aku kaya aku pasti aku takkan lalai . Aku takkan lupakan kau Ya Allah . hmph . Allah Maha Mengetahui lagi bijak dari engkau abdul . Allah thu apa jadi esok lusa masa depan . kau pasti kau tak lalai ? *tengokatasbawah* . eh no hurt feeling tapi em jangan cabar iman kau . sebab iman turun naik . hidup kat dunia semua dah ditentukan . kau akan jumpa siapa . dok tang mana . belaja tang mana . dah tersusun termaktub. tapi tak salah nak doa cenggitu . mintak je . Allah memang nak denga kita doa . cuma nak cakap syaitan tu tak henti henti bisik jahat kat kita .

Jangan ada ghase sangka buruk pada Pencipta . mahupun manusia . mesti ada hikmah kenapa kau ditentukan sebegitu . anggaplah ianya sebagai teguran pada diri sendiri atas apa yang kau dah buat sebelum nih .

he he . teroskan berdoa tak rugi pun . hati kene sado .

em . sakitnya hati . sakit lah . macam kene hina . macam memalukan diri sendiri . bukak aib sendiri . tunjuk kebodohan sendiri depan orang yang lebih pandai dari aku . ghase macam apa yang aku buat tadi macam bagus tapi bila pikir balek em hampeh -.- masalah tak besar pun aku yang besarkan masalah aku sendiri yang bukannya masalah pun . salah guna istilah . ianya lebih kepada terlalu emosi . emoshenel sangat la kau ni . esh ini sifat semulajadi . takboleh nak buang dalam diri . em rasa down . haa ! kenapa rasa down ? kenapa kena ada rasa ni ? takboleh ke Allah tentukan aku happy je memanjang . hem . tak ujian la gitu . kau ingat sekolah je ada ujian ewah ewah .

berdoalah . mintak Allah kuatkan hati kita nak hadapi ujian kat dunia ni . Allah rindu nak denga hamba dia menangis . ingat apa dosa yang kau dah buat selama ni sampai Allah tegor kau camtuh . anggap orang yang hadir dalam hidup kau sebelum ni patu sakitkan hati kau then belah gitu je . kenapa iye ? sebab nak tegur .

kau angkat tangan nak doa pun Allah dah thu apa yang kau nak doa . tapi Allah nak bagi kau rasa nikmat bercakap dengan Dia . nikmat berdoa sebagai seorang hamba .

Punya banyak dosa kita buat . Punya banyak kali kita lupa kat Dia . Punya banyak suruhan Dia kita tak buat . Punya banyak larangan Dia yang kita buat pulak dah -.-  tapi masih sayangkan kita . bernafas lagi . makan lagi hidup lagi . malu . malu dengan Allah ghasenye bila Dia dahla bagi nikmat tak terhingga patu dok makbulkan doa kita pulak . sedangkan kita tak habes habes buat dosa .

memang manusia tak lepas buat silap . boleh perbaiki kan ?

tak dapat apa yang kau nak ?
biasa lah tu
tengok orang lagi lebih dari kau ?
biasa lah tu
kene maki sedangkan buat baik ?
biasa lah tu
kawan tikam kawan ?
biasa lah tu
kene marah sedangkan tak buat salah ?
biasa lah tu
die lagi lawo dari kau ?
ehh memanglah lagi biasa ahahah eceh takdela

Yang pastinya yakin . yakin dengan ketentuanNya :)
Yang pastinya bersyukur . be grateful :)
Let complain less and give more !

Alhamdulillah !


Thursday, 22 October 2015

Hijrah

Berubah ke arah yang lebih baik . Jangan berubah ke arah yang tak baik . dah la tak baik lagi nak berubah ke arah tak baik pukul nak *jeling*

Tak rugi pun nak berubah . malu ? benda baik tak perlu nak segan . benda betul harus ditegakkan . jangan jadi katak bawah tempurung . em lain dah tu *kerut*

hijrah berlaku sejak zaman Nabi lagi .

hijrah bawak kesan yang banyak . if berubah ke arah baik banyaklaaa benefit dia dapat . pahala semestinya :) kalau berubah ke arah yang tak baik em tak mau sebut la .

jadi mari sama sama ubah diri ke arah kebaikan . tak kisah la dari segi apa pun . lepas ni nak belaja lagi tekun ke . kurangkan aktiviti outdoor ke kan jerebu membuang masa tu . nak solat lagi kusyuk ke . Alhamdulillah cenggitu :) . nak labuhkan sikit tudung ke tutup dada tu sikit haa apa lagi .

kurangkan bercakap pun dikira baik jugak sebab diam itu lebih baik dari bercakap . so sshhhhhh

kat fesbuk tadi . ternampak perkataan Tarbiyah . lepas baca , dari kefahaman aku . jiwa dan hati ni rasa nak dekat dengan Allah nak tinggalkan betol betol tinggalkan hal duniawi tertumpu kepada mencari bekalan akhirat . em hebat tak ayat aku . cis bege ! hebat la .

marilah kawan kawan . cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya biakpi la depa nak kata apapun . bukan depa yang nak judge kita esok . menjadi abid dan khalifah . beribadat kepada Allah . dan mengajak orang lain buat kebaikan dan kita pun sama sama haa cenggitu . barulah akrab ! eceh tetibe

mari sahut cabaran ini
pegang erat tanganku *ecewah* 

Sesal

Sesal separuh nyawa . tu lagu alyah . emm .

sesal . menyesal . jangan pernah menyesal dengan apa yang kau dah buat . dah lepas tu lepas . takyah dikenang .

mesti ada hikmah kenapa kau buat benda tu dan kenapa ianya terjadi . kat kau . Allah takkan saje je tentukan perkara tu jadi kat kau . ada mesej yang Allah nak sampaikan kat kau . celah positif sikit *angkatkening*

bersangka baik . tapi ada tempatnya . tak semua orang kita boleh bersangka baik . nanti pijak kepala *adui!*  . tapi dengan Allah pastinya bersangka baik . iye anak anak :)

sesegar hijau daunan begitulah kita diibaratkan . . . haa tebawak bawak nyanyinye

kau menyesal apa sebenanya ? menyesal sebab bile buat sesuatu tu tetibe kene marah . adeh menyesal la buat kalau tak tak kene marah . ada sebab kene marah dek . bukannya saja saja kene marah . nak bagi pengajaran . ha lepas dah kene marah dah thu kenapa kene marah oh sebab ada buat silap . thu dah silapnya mana ? jangan ulang silap tu lagi . its called belajar dari kesilapan *tepuktangan*

hmph . macam ritu . umpamanya masok bilik orang tapi tak bagi salam . teros masok . takpasal kene marah padanmuka!  .  fikir sebelum buat .

Jangan menyesal dapat keje sekolah yang banyak . jangan cakap banyak sikit pun dah merengek ngengade . kenapa ? sebab Allah nak suruh kau belaja . supaya ada ilmu . jadi orang berguna . jadi manusia .

 Dalam binatang ada manusia . Dalam manusia ada binatang . 

Takde apa tu statement je . hehe .



Monday, 19 October 2015

tak paham

Tak paham dengan situasi sekarang . salah siapa ? eh bukan salah siapa . situasi pun tak paham . gaduh ke ? ke elok je ? kau baik tak dengan aku sekarang ni ? kau okeh je ke dengan aku ?

aku sakitkan hati kau iye . sebab terkadang tu buat apa apa tanpa sedar . tak sangka boleh sakitkan hati orang lain . calarkan hati orang lain . hakis hati orang lain . hilang kepecayaan *tetibe*

aku masih tak paham situasi . dalam beberapa hari ni lain je aku nengok *angkatkening* . kalau ada masalah cakap la . lagi lagi dengan aku sebab dengan aku je kau lain ngan orang lain okeh je aku nengok .

ke aku yang teghasa sangat ? hmph . hati manusia boleh berubah . anytime . lain macam sejak akhir akhir ni . ghase nak teghoyaaaakkkk *tepukdinding*

apepun aku harap takde masalah di antara kita *cewah* . tolonglah kalau nak marah nak tego . buat je . takyah hesitates *betolketu* . hati takyah dijaga sangat . kalau tak sampai bila nak centu kalau tak ditego . kan ? *angguk*  . em . semua ada cara masing masing . cara belaja masing masing . cara makan masing masing dan lain lain . dan aku tak thu pulak kalau cara aku tu boleh buat kau marah . sebelum apa apa aku tanya kau 'aku bising ke' . kau kata tak .

cakap pun taknak pandang . apa marah sangat ke . cakap jelah . aku pun nak thu jugak apa salah aku . boleh aku mintak maaf . heh . sebelum kau cakap pun aku dah mintak maaf . tapi kau cakap mintak maaf sebab apa . pulak -.-

macam hide something . klu pasal lain aku tak nak thu . tapi kalau pasal aku ceghita la . bukannya ajak gadoh kalau nak jomla   . tapi aku pun jenis pendam . tapi taklama . lama lama biojela . kata izah oghang 'berserah itu pasrah . pasrah itu menyerah . '  . kalau aku redhaaa .

haih . apapun aku harap apa yang aku nmpak depan mata aku sekarang ni hanyalah perasaan aku . aku harap kau akan cakap 'la tak marah apapun kau yang terasa lebih ni' . and you mean it . ofcoz .
tapi babe aku tak marah kat kau sikit pun hehe . hey ! kita kan kawan *lompatbintang*

takde tuju sesapa pun . tapi sapa makan cili terasa pedasnya *gelakjahat*

kawan ?



beban

Sesuatu yang bagi kita berat untuk kita tanggung . beban yang ada dalam diri kita .

kuat semut ni 


Jangan pernah merasa beban . untuk melaksanakan perkara yang dipertanggungjawabkan untuk kita . kerana ianya tanggungjawab kita . amanat yang diberikan . macam pegi kuliah . pegi keje . pun memang tanggungjawab sebagai student dan pekerja . 

same goes to solat . ianya perintah Allah . jangan kau rasa beban kalau nak solat . 

melakukan sesuatu dengan paksaan . macam tak rela . nak tak nak je . *tubebanke*

apapun semut tu memang kuatlah . wuish kuat tu . kau ingat senang ke nak angkat ranting pokok tu . semut tu kecik je nak dibandingkan dengan benda yang dia angkat tu . tapi kalau semut tu gigit memang sakit . semut tu kerengga kan ? tak silap la .

hah ! back to topic . hehe . haa beban . load . kalau belaja sains dulu ada denga pekataan ni . sains tingkatan 1 . ke 2 ? tah . load , effort dengan apa ye lagi satu *ketukkepala* . haa centula . topic tu best . . . hmph -.-

itulah beban . terima kasih :)

Monday, 12 October 2015

Hidup

Sekarang kat rumah . makan bubur nasi . adik ada kat sebelah ni . main sims . mama panggel ajak makan tapi aku masih menghadap laptop lagi . laptop aku warna merah . sebelah laptop ada pendrive . sebelah lagi satu ade test pad . adik punya . dia suka letak meghata ghata *jeling*

Hidup penuh dengan cabaran . nak tak nak kene hadapi jugak . hidup dekat dunia bukan semata hanya untuk buat kerja dunia . ada sebab kita dihidupkan di dunia ni . bukan makan untuk hidup . dan bukan hidup untuk makar . err -.-


Menjadi abid dan khalifah . melakukan ibadah dan mengajak orang lain membuat kebaikan . cuba . cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya .

10.10

Boleh jadi pointer . boleh jadi markah . ape pun boleh ikut kefahaman masing masing . haa tarikh pun boleh .

Em bukanlah harijadi aku . bukan harijadi kawan aku jugak . tak thu la harijadi siapa .

Satu kosong titik perpuluhan satu kosong .

Bawak makna yang banyak . oh aah . dua hari lepas tarikh ni . terlajak dua hari pulak .
Dua hari lepas emm hari sabtu . oh .  mase tu aku takde kat kolej . aku kat lua . awal pagi dah kelua kolej dengan bertemankan monyet monyet Phd ni .


Mereka lebih bijak dari kita . dah tahu selok belok kolej . berbanding kau yang tak sampai 2 bulan duduk kolej . 

Friday, 2 October 2015

main main eh

Die main main la . aku tak suka . kalau dah tepikir tu tak boleh hilang dalam kepala hotak . asek pikir je . sampai esok . sampai tak tido sampai tak makan . aku jadi takot klu pikir pasal tu . nak kata stress . . tak lah stress . takut . paham takut ? 

Die main main dalam fikiran . aku taknak pikir sebenanya pasal tu . tak nak tahu . tak nak amek tahu . tapi tak boleh . kene amek tahu . sebagai umat Islam . dan kalau betul kau tu manusia yang berperikemanusiaan . 


Tengok pun thu . apa yang terjadi . ceghita pon tak sanggup . aku tak thu menahu pun pasal ni . means bukanla totally lost . tapi yang aku thu orang yang tidak berdosa bermandi darah disana . yang hina dibangga banggakan , yang berkilau kau rejamkan *ehbetolkeayataku* 

Kadang tu tepikir apa yang aku buat sebagai umat Islam ? kau tolong tak saudara kau kat sana ? takyah cakap sana , sini pun kemanaa . takyah cakap sini diri sendiri pun hmph . cemburu tengok oghang post macam emm p gaza tolong orang kat sana . post nak derma kat gaza pon ade itu pun aku berat tangan nak forwardkan acano ? . at least nampak usaha . dapat pahala tak rugi apa . aku buat apa ? 

cuba taip gaza . apa yang keluar ? aku baru taip tadi sebab nak cari gamba nak letak dalam entri ni . apa yang keluar gais ? apa yang terlintas di pikiran tengok gamba bangunan kene bom . aku jenis yang lemah . lemah tengok darah . tengok orang kene pukul pun dah begeta' lutut . aku ingat nak amek je gamba yang children sebab bile kau taip gaza die akan klua banyak kategori . war . children . tunnels . save . aku tekan children . 

huh ! *gulp* terserlah kelemahan kat situ . kenapa weh . apa salah budak budak nih . memang aku tak tahu cerita . kenapa beperang? kenapa weh . tak boleh damai ke . cara baik  ? 

aku macam apakah em apakah sumbangan aku kat dunia ni sebagai umat Islam ? aku ade terbaca satu buku ni . katanya bila beliau di gaza . beliau nampak kete cabel kebal . ke arah beliau . beliau pun belari . takut . itu orang kita kat sana . macammana orang sana react dalam situasi ni ? depa boleh bediri depan kete kebal tu . tak takut . untuk mempertahankan ugama Islam . untuk menegakkan apa yang betul . 

apa yang aku cakap ni semua bedasarkan ape yang aku belaja ape yang aku denga . kalau salah betulkan aku . dunia ni neraka . akhirat esok syurga . itu mereka . sakit , rintihan anak tiri di dunia , tapi mati syahid akhirat esok siapa boleh pikir ganjarannya ? . repeat . itu mereka . kita ? 

cuba nak ikut diorang . Masya-Allah hati yang sangat kuat . percaya kepada ketentuan Allah . bezanya mereka dengan kita . kuatnya diorang . kita rasa nak pegi sana bia aku pun nak mati syahid . berjuang habis habisan di jalan Allah . tapi betolke ? iye betol . Say Alhamdulillah .

Betulkan niat . hidup di dunia kerana apa ? kenapa Allah hidupkan aku sampai sekarang ? Allah nak bgthu apa kat kita ? selalu diingatkan . jangan tinggal Quran kerana ianya panduan hidup . semua dah tertulis dalam tu . baca dah baca . nak translate ade dalam Quran kecik yang ade rumi punya tulisan tu . jadi apa yang cuba aku sampaikan ni ?. pegi kelas . makan . minum . kencing . berak . tido . solat . ngaji . puasa . senyum . movie . dan ianya berulang . tak berani nak cakap tak buat salah dalam hidup . mestilah ada . emm jadi ?

itu rutin makcik . semua orang buat . i mean , what makes you different from others ? just think about it .
  
maaf andai entri ni emokpanjang! merapu . aku pun tak thu ape aku cite . tapi just luahkan apa yang tebuku dalam hati ni walaupun still lagi denga lagu goyang dumang *tepukdahi* . tu aku cakap . bile die tak main main dalam pikiran aku , aku okeh . happy je jalankan rutin hidup tapi datang je pikiran tu teghos tepikir . what am i doing right now ? cuba . cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya .

'Walau kau disiksa walau kau dihina percayalah Tuhan selalu ada'  . cewah macam penah dengan kan . lagu najwa la  



Thursday, 1 October 2015

Mentor

Bukan mentor kat tv3 tu . Tapi boleh jugak kalau kau nak . Tapi bukan itu yang aku nak bincangkan.

                 
*sikit lagi sikit lagi*

Haa ape yang korang nampak kat gambo di atas tu adalah perumpamaan ataupun gambaran untuk mentor dan mentee . kau yang mentee adalah yang tehegeh hegeh merangkak kat bawah tu . dan semestinya mentor kat atas yang menghulurkan tangan untuk membantu mentee .

Aku dah jumpe mentor aku . kemarin ?. Tah tak ingat .Tapi aku dah jumpe . Hampir letak notis kat pintu die sebab takde kat bilik . tedengar oghang bebual kat hujung naw . ahah ! itulah mentol mentor aku semestinya tidak syak lagi ! 

Semestinya mentor aku baik oghangnya .Pensyarah under Fakulti Undang Undang . *fiuhlappeluh* . Apa tugas mentor ? well . besides caring , dia akan bantu kita klu ade masalah . kau ceghita la apa masalah sekalipun In Shaa Allah pasti akan membantu . Nak mintak hug pun boleh *cewah*

Apa tugas mentee ? pikir la sendiri nak oi

Mentor mentee or panggilan mesranya MM bukannya aku kenal stat kat u . ghasenye kat matrik pun ade jugak . nama mentor aku dulu em cikgu em cikgu . eh bukan tak ingat . aku tak selalu jumpe mentor aku don worry :) 

Ape ape pun janganlah kau mempergunakan mentor a.k.a cikgu kau ni . eh bukan setakat cikgu doktor malah prof . hormat yang pastinya . kau gunakan dia hanya untuk mendapatkan markah . iyeke markah ? tahla . apebende tah yang kite perlukan dari mentor supaya baru boleh graduate  . . . *apeakucakapnih* 

Memang . memang aku cakap tak serupa bikin . 'cakap orang konon kau pun sama nak tak nak je jumpe mentor ' . talk to the hand . aku cakap ni bukan untuk korang je . diri sendiri jugak ler -.- 

aku nak memperingatkan korang je . sekurang kurangnya nampak la effort die *angkatkening*

Kata akhir emm hargailah mentor anda . kbye *tepuktangan*