Thursday, 29 October 2015

Makanan

berita baik katanya . sapa yang tak suka makanan tuh meh sini nak pukul *tepukdinding*

em takpayah la . baghu nak letak gamba makanan . banyak sangat la tak thu nak letak mana satu . tergugat iman *angkatkening*

tak pasti area mana yang sedap makanan dia kat Bangi nih . sebab wa jarang round Bangi . kat sini macam pusat pendidikan eh pusat betolke . tahla . ukm upm ilkap ilim . dari rumah ke sini mesti nampak diorang ni .

walaupun orang sini maaf tak thu nak promote kedai mana tah . sebab kami sendiri tak ghajen bejalan *nipuje* . tapi kalau makanan yg pernah aku makan pehhh sedap ! boleh la klu nak share mwahahahaah .

tutup mulut tu


pehh ini desert torrrbaik yang pernah dirasa . sebab macam macam kau boleh letak . buah ada . cekelat ada . dan macam mcam lagi lah . best kan ? best lagi lagi lagi lagi harga dia . make sure sebelum masuk kedai nih ada lah kurang kurang rm20 . eh sis tak tipu . aku kedekut memang kedekut . so disebabkan harga die berdasarkan berat bekas tu , aku pun amek cipuuut je . itupun dah telan rm11 lebih . ghase ghase yang jenis amek standard biasa biasa tu buah sikit tabur cekelat sikit macam main masak masak tuh mau telan rm15 lebih . dok meleleh nengok sebab dah lama tak jenguk kedai nih . almaklumlah , tarik poket keluar lalat dok teghebang . apa busuk sangat ke poket aku *lompatbintang*

tak boleh nak tetapkan kedai tu kat mana sebab kedai ni agak rare . susah nak jumpa . rajin rajinlah mencari . Yogurtlicious pon sama je :) 

lap air liur tu

cendol pemanis mulut . menjadi makanan sampingan yang wajib pelahap setiap hari jumaat lepas habes sekolah . port kedai cendol menjadi tempat spent time ngan kengkawan cewah macam tak jumpe kat kelas tadi *angkatkening* . em masing masing punya taste tapi empunya diri suka cendol biasa je . bukan yang pulut la durian la . tak . yang kosong je . eh cendol boleh dapat mne mne je kekadang kat Tesco pon boleh dapat . gerai tepi jalan apatah lagi . 

Tesco Ampang . Sebelah sekolah aku . Tepi masjid .

pegi masak maggi

udang die besar beb . sedap la boleh tahan . hehe ini pun tak pasti haritu makan kat mne . Taman Dagang tak silap . tapi bukan kat situ jela ada jual mee udang tempat lain pun mesti ada . hehe saja nak letak gamba bagi korang cair *lapairliur*

hmphh

panas panas dia bagi kau dalam claypot tu . pedas mestilah pedas kan . asam pedas Melaka . makan berpada pada jangan sampai kene gasterik . sebab die asam pedas . 

Melaka area Pengkalan Balak kedai first sekali . tapi semua kedai kat Melaka ada asam pedas .

emm nak list sume penat la . google area Bangi mana makanan sedap . kompom ada . 
jadii mari kita makaaaaaaaan ngaaap . 


No comments:

Post a Comment