Bunyi kertas . Bunyi orang berlari . Tiada lagi bunyi .
Sebab aku dirumah . Masa berlalu terlalu cepat .
Sekarang aku rindu bunyi bunyi itu . Kini kakiku melangkah ke alam baru . Ke mana arah tuju ku ?
Di mana matlamat ku dulu ? Cita cita yang mahu aku buru . Cabaran penuh berliku .
Tidak mudah seperti yang engkau tahu . Hanya mampu diungkap di bibir . Tanpa memikul beban kau mudah berkata kata umpama kau berucap tanpa berfikir .
Kaki tidak pernah penat melangkah untuk mencari ilmu . kerana itu kewajipan dan amanat dari Tuhanmu . Tiada ungkapan yang lebih tepat melainkan aku berserah kepada Allah atas ketentuanNya kerana aku tahu itu yang terbaik buatku .
Tangan menulis tanpa henti . bagi menyiapkan tugasan yang diberi . Tidak pernah lelah dan merungut atas atas apa yang diberi melainkan tangan yang bergerak sendiri . Aku rindu pada saat itu dan tiada lagi pada aku sekarang ini. Adakah masih ada peluang untuk aku yang masih jahil tercari cari ?
Terakhir itu yang aku rindu . Adakah masih ada peluang buatku ? Pantaskah aku ?
No comments:
Post a Comment