Monday, 21 December 2015

Apa

Buat itu . buat ini . semua nak cepat .
masa berjalan seperti biasa . engkau yang kena biasa . dalam keadaan semasa .

tak kisah bagi aku . sekurang kurangnya mendatangkan manfaat . iaitu ilmu yang baik .

retro . janggal . berbolak balik jadinya .

apapun aku berpuas hati . aku suka . unik dan lain dari yang lain . aku rasa pengorbanan yang mendatangkan hasil .

Kerahkan tenaga jua fikiranmu . Korbankan harta sekalipun jiwamu .
Menentang musuh Allah . Laungkan takbir ! Allahuakbar !

Bersatulah kita bergerak melangkah tegakkan Islam agama yang tercinta ayuh kita julang kembali . Islam pasti gemilang !

Tadah tangan
Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh musuh kami
Dan kami berlindung dariMu dari kejahatan mereka
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing anjingMu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas
Ya Allah Ya Allah Ya Allah

Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera Ahzab

Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka !
Dan menangkanlah ke atas kami

Aamiin

Epilog

Tiada lagi bunyi . Bunyi bising .
Bunyi kertas . Bunyi orang berlari . Tiada lagi bunyi .
Sebab aku dirumah . Masa berlalu terlalu cepat .

Sekarang aku rindu bunyi bunyi itu . Kini kakiku melangkah ke alam baru . Ke mana arah tuju ku ?
Di mana matlamat ku dulu ? Cita cita yang mahu aku buru . Cabaran penuh berliku .
Tidak mudah seperti yang engkau tahu . Hanya mampu diungkap di bibir . Tanpa memikul beban kau mudah berkata kata umpama kau berucap tanpa berfikir .

Kaki tidak pernah penat melangkah untuk mencari ilmu  . kerana itu kewajipan dan amanat dari Tuhanmu . Tiada ungkapan yang lebih tepat melainkan aku berserah kepada Allah atas ketentuanNya kerana aku tahu itu yang terbaik buatku .

Tangan menulis tanpa henti . bagi menyiapkan tugasan yang diberi . Tidak pernah lelah dan merungut atas atas apa yang diberi melainkan tangan yang bergerak sendiri . Aku rindu pada saat itu dan tiada lagi pada aku sekarang ini. Adakah masih ada peluang untuk aku yang masih jahil tercari cari ?

Terakhir itu yang aku rindu . Adakah masih ada peluang buatku ? Pantaskah aku ? kok begitu . Layakkah aku ? Aku jemu . diri sendiri tak tahu malu . meminta pertolongan Tuhan yang berkuasa sedangkan engkau tidak usaha ! Bagaimana Allah mahu membantu sekiranya kamu sendiri tidak  ubah diri kamu dahulu .

Sunday, 13 December 2015

Woah

Baru tahu . streaming tu macammana nak buat . streaming tv2 . seghonok cerita dia tadi . dah macam kat rumah . ada bunyi tibi tu . iklan . alah rindunya *senyum*

MasyaAllah cantik sungguh . baru buatan manusia belum ciptaan Allah lagi . first time masuk Masjid Putra . before this tengok dari luar tak masuk pun sapasuruh . facilities dia tersangatlah selesa . Alhamdulillah macam rumah sendiri . Sebab jadikanlah masjid itu rumah kamu yang kedua kerana mereka ialah orang yang bertaqwa . salah tolong betolkan iye :)

dari masjid tu boleh nampak Masjid Besi pulak . pehh . itu tak sampai lagi . mampu lihat dari jauh je . dengan jabatan dia . bila malam lampu mula terpasang warna warni menerangi kegelapan fulamak . tapi memang cantik lah . peraturan dia pon oshem .

tengahari sampai kolej . makan tengahari .

hmm .
semakin tak paham dengan sekarang . ape bende tak paham . complicated . bila tanya orang lain pun tak paham . nak tahu cerita jugak tapi tak thu nak cari celah mana . tapi tak perlu tahu kot . bia jelah .

Prolog

Kaki dihayun . Duduk atas kerusi .
Kelihatan kelas sudah dipenuhi pelajar , almaklumlah aku pelajar yang selalu datang lewat .
Bukan sengaja . Terdapat faktor faktor yang mempengaruhi . Cuaca yang tidak mengizinkan aku berjalan kaki ke sekolah . Kawan lambat bersiap . Cengkaman anjing jadi penghalang . Tapi aku tak salahkan semua tu .

Mata mata menjeling tajam memandang aku kalah mata sang helang . Apa besar sangat ke salah aku ? kata ku dalam hati . Beg galas ku diletak rapi diatas kerusi . Jam dinding menunjukkan 0745 pagi . Kerusi cikgu di hadapan masih tiada berpenghuni . Tanganku lantas masuk ke dalam poket baju sekolah buatan mak aku mengambil beg plastik berwarna merah dan membuka pembalut gula gula lantas masuk ke dalam mulut busuk ku . Aku mengunyah gula gula kegemaran ku tanpa ragu ragu .

Monday, 7 December 2015

Sibuk

Internet sangat penting dan amat diperlukan orang ramai . Takde internet takdelah kau boleh bukak whatsapp fesbuk instagram dan sebagainya .

ramai sangat guna sampai boleh jadi sangkut . memang harini pun permualaan tarikhnya . entahla . sebab dulu pun cenggini jugak . dia buat balek . ramai yang nak sama .

tak kesah . asalkan die okaayh . cuma taknak hari yang berkenaan . sekian dan sekian . malas nak bukak sebab nanti akan sangkut jugak . bukan betul sangat tu . nanti tengok tengok takde orang ghupanya kosong .

belajar sampai penat . kalau tak nak belajar tanggunglah kegagalan . baca buku . study .  qiam . ngaji .  puasa sunat .

penat nak jawab semua benda . tak sanggup . pengakhiran nanti macammana . semua orang tak thu . berusahalah .

N - Nah

Cinta dan maruah . tajuk forum semalam .

Ambil dari kata kata sorang kawan ni katanya kalau nak isi masa lapang , nak hilang stress sekalipun , isilah dengan perkara yang berfaedah .  pegi majlis ilmu contohya . adalah jugak inputnya .

imam muda semalam tuka topik . remaja sekarang atau oghang kita la sekarang nih lebih mencari jodoh , pikir jodoh nanti cemana bagai berbanding memikir pengakhiran hidup nanti cemana . itulah syaitan suka manusia memikirkan jodoh dari memikirkan ajal .

diceritakan tentang negara negara Islam kini sudah 'kena' . orang yang beribadah akan dihembuskan kasih sayang dalam dirinya . jadi bagaimana dngan orang yang suka menyerang sana menyerang sini tanpa belas kasihan dan belakunya petumpahan darah ?

anak kecil dibom . terjumpa satu buku kecil didalam poketnya . tertulis segala kebaikan dan kesalahan yang dibuat sepanjang hidup . ditulisnya sendiri ! kita ?



Friday, 27 November 2015

padan muka

Hati ni mudah sangat terusik . manusia kan . buat silap . insaf . buat silap balik . dan ianya berulang . itu takpe lagi . kalau buat silap tak insaf insaf haa ni makan dia *tampar*  . 

sakit la . rasa macam hati ni kena hiris seakan akan sebelum ni tak pernah sakit hati pulak . pernah je sakit hati sebab kes yang sama macam sekarang . but now its different . sampai tahap tahu mana silapnya haa padan muka ! 

nak berubah ni memang kena berkorban . apa yang selama ni kau tak buat tetiba kene buat kau ghase ? agak pahitlah untuk ditelan . tapi itulah pengorbanan yang Allah takkan lepas pandang sebab sekecil mana pun kebaikan yang kau buat Allah akan kira . macam makan ubat . kau sakit . kau akan makan ubat . berterusan sampai kau rasa sihat . ubat tu pahit untuk ditelan . nak sihat kau pun em ngap jelah . lama lama sihat . sama jugak proses nih . kau tengah sakit . rosak . rosak kat dalam . hati jadi hitam . nak bersihkan balik . kau pun solat , puasa , ngaji . haa masa proses ini turunnya ujian dan dugaan buat kau . Allah nak duga sama ada kau buat ini untuk Dia atau untuk siapa . 

orang yang selama ni kau berkawan mula tinggalkan kau . tomahan semua maki bagai dari orang sekeliling . elsa kata let it go . hadam je la nak . itu tandanya Allah sayang kamu . lama kelamaan kau pun berubah ke arah yang lebih baik . haa orang yang maki kau tu tumbuk dia puas puas eceh takdela *gurau*


hati dan perasaan yang sensitif . kena jaga . 

hidup kat u ni macam macam jadi . pergaulan bebas . takde kawalan . lagi lagi tinggal bersebelahan blok lelaki . hati hati ada yang memerhati *jeling* . cabaran dia MasyaAllah . Allah je yang thu . betul lah kata kawan . sebab dia masuk u dulu sebelum aku . dia cakap macam macam orang kita akan jumpa . nmpak student tapi bukanlah student yang kau imagine . ada yang pregnant . ada yang dah kawin tu normal lah . dah ada anak . dan banyak lagi . pengalaman hidup kat u ni memang la seronok . meghasa jadi budak u . tapi aku cakap apa yang seghonok sangat . maksudnya haha tak perlu ecpext tinggi sangat duduk u dapat langgar langgar denga zauj/zaujah kat library . dan macam macam lagilah kat drama tibi tu . assingment menggunung . kain bertimbun tak basuh . markah exam macam harumph . yang bagus tu baguslah . yang tak bagus tu macam akulah hahahha . jadi jangan contohi orang macam aku . 

tiba tiba share pengalaman hidup kat u .  baru dua bulan ada hati nak bercakap *pandangatasbawah* . ambiklah iktibar . aku pun ambik iktibar dalam pengalaman sendiri sebab dah terkena batang hidung sendiri haa baru thu ghase dia . 

pengalaman sendiri membuatkan diri jadi lebih baik . tapi pengalaman orang lain membuatkan diri lebih lebih baik . 

Unik Sikit

Jadi lain dari yang lain . berbeza dengan orang lain . tak perlu la nak buat sesuatu yang tak mungkin kau boleh buat sebab nak jadi beza daripada orang sekeliling kau . tak perlu susahkan diri . buat benda yang mudah je . yang sekarang ni tak ramai orang boleh buat termasuk aku


bina keyakinan diri . self confidence is very important . nampak betapa pentingnya keyakinan diri baru tersedar betapa pentingnya keyakinan diri ni yang selama ni ambik mudah je , bila orang lain memceritakan kisah hidup dan pengalaman beliau . selain berkisarkan keyakinan diri yang beliau ciptakan dalam diri , ianya seiring dengan kejayaan yang beliau kecapi hingga sekarang . Alhamdulillah . memberi kesan yang cukup dalam kepada kami yang mendengar . tak tahulah bagi orang lain . kalau aku makan dalam dah *ngapngap*


cukup memberi kesan yang apa oghang kata ghase nak ikut apa yang dia buat . ikut jejak kasih . bina keyakinan diri macam berani melontarkan pendapat , beri ucapan depan orang ramai . as a student , kalau dalam kuliah tu berani je cakap kalau tak paham . kalau nak present kat depan tak perlu takut . tu semua tak nmpak lagi dalam diri aku *sigh*


keyakinan diri tu penting . kalau kat u pun kau dah teragak agak , nanti intebiu keje cemana pulak ? berdepan orang orang yang hebat , ehh kat u pun dah berdepan dengan lecturer yang hebat hebat apatah lagi di tempat kerja .


betul . cikgu kat sekolah ada cakap  .cabaran kat luar tu lagi besar . kau keluar je dari sekolah lagi banyak cabaran besar yang kau akan hadapi . at first memang tak paham . apa cikgu ni just enjoy your life lah . *geleng* . its not easy as you think . boleh cakap cenggitu sebelum menghadapi . haa kalau dah menghadapi aku nak denga apa kau cakap mwhahaahha


in my opinion , hidup selepas habis sekolah ni , memang susah . semua benda akan jadi lain . jangan risau akan jadi kat kau jugak . kena lawan dengan emosi . perasaan . ketabahan diri . berdikari . kewangan apatah lagi -.-  . baru 2 tahun hidup di luar alam persekolahan yang aku rasa mudah tak perlu susah susah . kerja kau hanya belajar . duit mak abah bagi . bukanlah maksud aku senang tu kacang sangat . tapi nak dibandingkan dengan cabaran luar ni peh macam langit dengan bumi beb . belom lagi orang yang dah menempa kejayaan sampai dah master phd . keje di syarikat syarikat besar . apa agaknya mereka hadapi sebelom capai kejayaan tu *thumbsup*


cubalah buat sesuatu yang baru . bukan sahaja orang akan pandang hormat pada kau , tapi diri sendiri nanti akan rasa bangga dan membuahkan hasil yang mantop . barulah unik :)
eh bukan kumpulan unic yang nasyid tu hehe

demi harapan mak abah . go bebeh!





Sunday, 22 November 2015

Seimbang

Dah rasa stress . tekanan . assignment menimbun . sape suruh tangguh .

ketenangan hati tu susah nak dapat bila dah serabut sangat . pikir ini pikir itu . banyak sangat pikir . bagi aku ketenangan tu kalau nak betol rasa tenanglah more to kerohanian . zikir ke . ngaji ke . kekadang tu kene tinggal jap benda benda lain and buat apa yang kau suka dulu . tapi bukan dalam tempoh jangka panjang la *angkatkening*

kene pandai urus masa . eh tak terlambat lagi lah . boleh je buat sekarang . esok buat apa lepas ni buat apa but make sure kau ikut la . kau tak boleh lebih ke sini aku sana . maksudnya kalau kau main see-saw atau jongkang jongkit apetah ejaan dia . kalau main bende tu kau kene sorang turun baru sorang lagi naik . dan sebaliknya . tapi kalau nak apply dengan konsep ni , kau seimbang kan dua orang tu . takde sorang kat atas takde sorang kat bawah . balance .

tak boleh fikir dunia je . fikir juga apa yang kita kene buat untuk bawak esok jadi bekal . sebab peringatan untuk diri sendiri jugak , manusia sekarang mencari perkara yang tak perlu dibawa ke 'hari' esok pon tapi tak pulun pun mencari perkara yang seharusnya dijadikan bekal .

jawab exam . tapi tak solat . study kemain . kau ghase ? kalau dapat score sekalipun itu rezeki Allah bagi kat dia . itu antara dia dengan Allah .
jawab exam . solat . tak study pun . acano ? kalau dapat score sekalipun rezeki Allah bagi jugak .
jawab exam . solat . study . hmph ade chance ni . yakin tu ada . In Shaa Allah .

itu yang cuba disampaikan . takat mana yang kita boleh dah sampai situ je . tapi takat mana kita usaha takat tulah hang dapat . adil kan ? you get what you give .

we must not give up kemon gais !

Tikam

Tajuk kali ni tikam .

Boleh jadi tikam nombor . Tikam belakang .

Macam kawan makan kawan . Tak elok cenggitu . Depan baik , belakang cakap lain . Macam duit syiling *jeling*

Tak semua orang kita boleh percaya . Termasuk kawan sendiri . sebab pernah terbaca . hati hatilah dengan siapa kau percaya , sedangkan syaitan pun asal dia dulu dari syurga .

tikam kawan . tikam belakang . bukanlah bermaksud amek pisau cocok belakang kawan kau . sedangkan cakap belakang pon dah dkira makan kawan apatah lagi perbuatan kau yang memalukan kengkawan kau sendiri . kalau dah ghase kawan tu tikam kau tinggalkan je . tak perlu pikir lama . esok esok dia thu la cari kau lubang cacing sekalipun bila dia perlukan kau je .

ahh tinggalkan jela senang cite . hehe*gelakjahat*

sama sama ubah diri . bersyukur dengan apa yang ada . ingat . kamu bukak aib orang di dunia ni , esok kat Akhirat Allah balas bukan setakat engko dengan orang lain sekali boleh nmpak apa kau buat . umpama macam projector tu semua orang boleh tengok , tak sanggup beb . malu *tutupmuka*

diri sendiri pun buat salah . tengah berusaha dan terus berusaha untuk bersyukur sebab syaitan selalu berbisik kat telinga nonstop so kita pon kene nonstop untuk buat kebaikan sebab ianya mencegah kemungkaran . haa gituh ,

Friday, 13 November 2015

Tak lama

situasi dia macam bergolak . diri sendiri takthu cemana nak cakap . dalam hati orang kita tak thu apa dia rasa . sakit ke eh terguris ke . menangis ke . takboleh jadi ni beb . bahaya . susah kau kat sana nanti . kat sini apatah lagi .

kompius dengan tindakan dia . marah ke . merajuk ? pendam . amek hati ? pasangan seharusnya melengkapi di antara satu sama lain . tapi aku tak nmpak tu . nmpak dua dua taknak mengalah . masing masing tunjuk ego . yang mangsanya aku . ke aku yang bawak masalah ? *kerut*

aku tak marah beb . tak salahkan siapa . Allah je tahu hati orang cemana . cuma sedih . apa yang sepatutnya kau buat kau tak buat . apa yang sepatutnya kau tak buat kau buat beb . aku nmpak .

ada sebab semua bende tejadi . kenapa aku taknak ini kenapa aku taknak itu . aku takut kau salah faham je . and aku taknak kau amek hati apa yang aku buat .tapi kalau kau amek hati dan kau rasa aku buat bende yg betol tu takpe . anggapla ianya teguran dan itu je mampu aku buat . nak pukul tak boleh . aku doa jangan risau . kalau kau amek hati dan kau rasa aku buat bende yang salah tu aku tak paham . cemana boleh nmpak salah eh . maknanya kau still taknmpak la tu . sokay pelan pelan .

Allah takkan ubah orang tu kalau orang tu tak ubah diri sendiri dahulu . betol ke ?

aku tak nmpak perubahan pon . not even apa orang kata tahla . Takpe . mungkin ada perubahan . In Shaa Allah amiin . Allah nmpak aku tak nmpak . seburuk buruk orang tu pun ade kebaikan deep in their heart .

tak lama dah . tolonglah cepat . aku risau kita semua risau . kita saudara Islam saling nasihat menasihati . takde istilah cermin diri dulu sebelum nasihat orang . kalau macam tu memang tak wujud nasihat kat dunia ni sebab nak tggu sempurna diri memang taklah sebab nobody is perfect . i am nobody eceh tetibe takdelah saje je nak tuka mood hee .

ingat . Allah memerhati setiap pergerakan kita . harapnya kanan yang banyak mencatit . kiri berpeluk tubuh . sama sama buat kebaikan . takpe . pelan pelan eh . buat baik sikit pun tak apa . its a wake up call :)

Cuti

Hmph

Cuti ni tak buat apa apa pun . bejalan pun tidak . sebab masa bejalan tersangat lah pantas . hari ni hari khamis . esok dah jumaat .

cuti seminggu . cuti deepavali . sedap suara shila amzah nyanyi lagu tamil ritu dengar . torbaik *tepuktangan* . cuti ni selalunya marathon movie time tak cuti pun selalu . tido lambat . bangun lambat . kesudahnya sampai la sekarang . lagho *gelengkepala*

gunalah masa tu sebaik mungkin . tak dapat patah balik dah klu nak masa yg kau bazirkan tu . kat rumah assignment memang tak jalan . banyak sangat dugaan . katil yang empuk sebab tak ada katil yang empuk selain katil di rumah . tv yang selalu terpasang . makanan yang sedia terhidang . mesin basuh yang tidak mengecewakan . sifat kemalasan yang melanda diri membuak buak . sampai ke anak tekak eh lain dah tu *jeling*

jangan lagho . jangan dok sengsorang . bahaya . macam macam dalam kepala hotak nanti . p keluar menikmati keindahan alam . In Shaa Allah tenang :)

cuti ni selalunya hotel penoh dah kene book . cuti sekolah kan . nak bawak family bejalan . take my advice , book awal awal sebelum cuti sekolah datang .

kenapa ikan tu pandang aku . lain macam . eh pandang lagi . kau kenapa beb *pandang* . lapo ke .

ok dah bagi makan . tak tenung dah . gelila tengok atas kepalanya . ikan emas . lapo ghupanya . macammana nak thu ikan tu lapa ke tak . tunggu dia tenung kau

cuti banyak lagi lepas ni . dun worry . bukan minggu ni je cutinya .

Monday, 9 November 2015

Kreatif

Tangan ni rasa gatal . nak melukis . nak buat seni . nak tulis . masa banyak . tapi belajar taknak . tak sedar naik cuti ada exam . 

sekejap sangat . masa terhad . banyak benda lagi tak buat. dengan krisis dunia . haih . 

tengok tv . takde cite best pun , nama je cuti sekolah .  hmph . nak buat kerja sekolah tapi tangan ni taknak amek buku tu pegang pen tu tulis . kira . tapi tangan ni nak lukis , 

skype dengan kawan . asal awkward eh hehe . dah lama tak jumpa . kawan lama . bila tah jumpa . ok back to the topic . 

em so bila banyak masa ni . buatlah mana yang tertangguh . buat mana yang perlu dulu . macam kerja sekolah . study . pastu barulah marathon movie . jejalan ngan kengkawan . be creative :)

dalam mengisi masa lapang tu isi lah dengan perkara yang baik , jangan menyesal di kemudian hari .


 

Nafsu

Nafsu ada banyak . nafsu makan . nafsu shopping dll . macammana nak handle nafsu ? em nantilah .

nafsu shopping memang susah nak control . lagi susah kalau orang tu yang suka boros . sume benda dia nak beli . itu sebab kena list barang keperluan apa yang kene beli dulu baru beli barang yang tak perlu .

nafsu makan . hm. tak boleh tengok makanan . kalau nmpak je ngap . nmpak je ngap .

jadi macammana nak handle nafsu ni ni ni ?

diri sendiri yang boleh ubah .

nafsu dalam diri kita pun tak boleh dielak . itu yang paling susah nak control . bila buat baik rasa macam ada halangan sebab nafsu tak suka kebaikan . itu apa yang aku tahulah . nafsu tu macam kehendak . iyeke ? iyelah . tapi ke arah yang tak baik .

tapi susah susah pun ada je langkah mengatasi . cuma kita je nak ke taknak . banyakkan zikir . banyakkan ngaji . doa itu penting . mintak perlindungan Allah .

jom amalkan !


Thursday, 29 October 2015

Makanan

berita baik katanya . sapa yang tak suka makanan tuh meh sini nak pukul *tepukdinding*

em takpayah la . baghu nak letak gamba makanan . banyak sangat la tak thu nak letak mana satu . tergugat iman *angkatkening*

tak pasti area mana yang sedap makanan dia kat Bangi nih . sebab wa jarang round Bangi . kat sini macam pusat pendidikan eh pusat betolke . tahla . ukm upm ilkap ilim . dari rumah ke sini mesti nampak diorang ni .

walaupun orang sini maaf tak thu nak promote kedai mana tah . sebab kami sendiri tak ghajen bejalan *nipuje* . tapi kalau makanan yg pernah aku makan pehhh sedap ! boleh la klu nak share mwahahahaah .

tutup mulut tu


pehh ini desert torrrbaik yang pernah dirasa . sebab macam macam kau boleh letak . buah ada . cekelat ada . dan macam mcam lagi lah . best kan ? best lagi lagi lagi lagi harga dia . make sure sebelum masuk kedai nih ada lah kurang kurang rm20 . eh sis tak tipu . aku kedekut memang kedekut . so disebabkan harga die berdasarkan berat bekas tu , aku pun amek cipuuut je . itupun dah telan rm11 lebih . ghase ghase yang jenis amek standard biasa biasa tu buah sikit tabur cekelat sikit macam main masak masak tuh mau telan rm15 lebih . dok meleleh nengok sebab dah lama tak jenguk kedai nih . almaklumlah , tarik poket keluar lalat dok teghebang . apa busuk sangat ke poket aku *lompatbintang*

tak boleh nak tetapkan kedai tu kat mana sebab kedai ni agak rare . susah nak jumpa . rajin rajinlah mencari . Yogurtlicious pon sama je :) 

lap air liur tu

cendol pemanis mulut . menjadi makanan sampingan yang wajib pelahap setiap hari jumaat lepas habes sekolah . port kedai cendol menjadi tempat spent time ngan kengkawan cewah macam tak jumpe kat kelas tadi *angkatkening* . em masing masing punya taste tapi empunya diri suka cendol biasa je . bukan yang pulut la durian la . tak . yang kosong je . eh cendol boleh dapat mne mne je kekadang kat Tesco pon boleh dapat . gerai tepi jalan apatah lagi . 

Tesco Ampang . Sebelah sekolah aku . Tepi masjid .

pegi masak maggi

udang die besar beb . sedap la boleh tahan . hehe ini pun tak pasti haritu makan kat mne . Taman Dagang tak silap . tapi bukan kat situ jela ada jual mee udang tempat lain pun mesti ada . hehe saja nak letak gamba bagi korang cair *lapairliur*

hmphh

panas panas dia bagi kau dalam claypot tu . pedas mestilah pedas kan . asam pedas Melaka . makan berpada pada jangan sampai kene gasterik . sebab die asam pedas . 

Melaka area Pengkalan Balak kedai first sekali . tapi semua kedai kat Melaka ada asam pedas .

emm nak list sume penat la . google area Bangi mana makanan sedap . kompom ada . 
jadii mari kita makaaaaaaaan ngaaap . 


Biasa la tu

Tak semua yang kita nak akan dapat . emm aku nak jadi kaya . tapi kenapa sampai sekarang aku tak kaya kaya jugak ? doa dah doa . usaha pun dah usaha . nak apa lagi ?
Soal doa termakbul atau tidak . mesti termakbul . tapi masa tak thu bila . Allah nak bagi kau kaya but not this time . mungkin nanti kau dah besar sikit . dah pandai urus diri . dah pandai urus kewangan . dah pandai berdikari haa baru Allah bagi kau kekayaan yang kau nak sangat tu .

Terbaca satu cerita . satu family pergi masjid subuh berjemaah naik kete beso . i mean mahal la . orang kaya mampu beli . cemburu ghasenye . dah la kaya ugama kuat pulak tuh . uish hebat tuh *thumbsup* . mula pikir eh kenapa aku tak ghase gitu ? tak merasa nak jadi orang kaya ? nak jugak rumah besar kete besar . hati kata Ya Allah bagilah aku kaya aku pasti aku takkan lalai . Aku takkan lupakan kau Ya Allah . hmph . Allah Maha Mengetahui lagi bijak dari engkau abdul . Allah thu apa jadi esok lusa masa depan . kau pasti kau tak lalai ? *tengokatasbawah* . eh no hurt feeling tapi em jangan cabar iman kau . sebab iman turun naik . hidup kat dunia semua dah ditentukan . kau akan jumpa siapa . dok tang mana . belaja tang mana . dah tersusun termaktub. tapi tak salah nak doa cenggitu . mintak je . Allah memang nak denga kita doa . cuma nak cakap syaitan tu tak henti henti bisik jahat kat kita .

Jangan ada ghase sangka buruk pada Pencipta . mahupun manusia . mesti ada hikmah kenapa kau ditentukan sebegitu . anggaplah ianya sebagai teguran pada diri sendiri atas apa yang kau dah buat sebelum nih .

he he . teroskan berdoa tak rugi pun . hati kene sado .

em . sakitnya hati . sakit lah . macam kene hina . macam memalukan diri sendiri . bukak aib sendiri . tunjuk kebodohan sendiri depan orang yang lebih pandai dari aku . ghase macam apa yang aku buat tadi macam bagus tapi bila pikir balek em hampeh -.- masalah tak besar pun aku yang besarkan masalah aku sendiri yang bukannya masalah pun . salah guna istilah . ianya lebih kepada terlalu emosi . emoshenel sangat la kau ni . esh ini sifat semulajadi . takboleh nak buang dalam diri . em rasa down . haa ! kenapa rasa down ? kenapa kena ada rasa ni ? takboleh ke Allah tentukan aku happy je memanjang . hem . tak ujian la gitu . kau ingat sekolah je ada ujian ewah ewah .

berdoalah . mintak Allah kuatkan hati kita nak hadapi ujian kat dunia ni . Allah rindu nak denga hamba dia menangis . ingat apa dosa yang kau dah buat selama ni sampai Allah tegor kau camtuh . anggap orang yang hadir dalam hidup kau sebelum ni patu sakitkan hati kau then belah gitu je . kenapa iye ? sebab nak tegur .

kau angkat tangan nak doa pun Allah dah thu apa yang kau nak doa . tapi Allah nak bagi kau rasa nikmat bercakap dengan Dia . nikmat berdoa sebagai seorang hamba .

Punya banyak dosa kita buat . Punya banyak kali kita lupa kat Dia . Punya banyak suruhan Dia kita tak buat . Punya banyak larangan Dia yang kita buat pulak dah -.-  tapi masih sayangkan kita . bernafas lagi . makan lagi hidup lagi . malu . malu dengan Allah ghasenye bila Dia dahla bagi nikmat tak terhingga patu dok makbulkan doa kita pulak . sedangkan kita tak habes habes buat dosa .

memang manusia tak lepas buat silap . boleh perbaiki kan ?

tak dapat apa yang kau nak ?
biasa lah tu
tengok orang lagi lebih dari kau ?
biasa lah tu
kene maki sedangkan buat baik ?
biasa lah tu
kawan tikam kawan ?
biasa lah tu
kene marah sedangkan tak buat salah ?
biasa lah tu
die lagi lawo dari kau ?
ehh memanglah lagi biasa ahahah eceh takdela

Yang pastinya yakin . yakin dengan ketentuanNya :)
Yang pastinya bersyukur . be grateful :)
Let complain less and give more !

Alhamdulillah !


Thursday, 22 October 2015

Hijrah

Berubah ke arah yang lebih baik . Jangan berubah ke arah yang tak baik . dah la tak baik lagi nak berubah ke arah tak baik pukul nak *jeling*

Tak rugi pun nak berubah . malu ? benda baik tak perlu nak segan . benda betul harus ditegakkan . jangan jadi katak bawah tempurung . em lain dah tu *kerut*

hijrah berlaku sejak zaman Nabi lagi .

hijrah bawak kesan yang banyak . if berubah ke arah baik banyaklaaa benefit dia dapat . pahala semestinya :) kalau berubah ke arah yang tak baik em tak mau sebut la .

jadi mari sama sama ubah diri ke arah kebaikan . tak kisah la dari segi apa pun . lepas ni nak belaja lagi tekun ke . kurangkan aktiviti outdoor ke kan jerebu membuang masa tu . nak solat lagi kusyuk ke . Alhamdulillah cenggitu :) . nak labuhkan sikit tudung ke tutup dada tu sikit haa apa lagi .

kurangkan bercakap pun dikira baik jugak sebab diam itu lebih baik dari bercakap . so sshhhhhh

kat fesbuk tadi . ternampak perkataan Tarbiyah . lepas baca , dari kefahaman aku . jiwa dan hati ni rasa nak dekat dengan Allah nak tinggalkan betol betol tinggalkan hal duniawi tertumpu kepada mencari bekalan akhirat . em hebat tak ayat aku . cis bege ! hebat la .

marilah kawan kawan . cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya biakpi la depa nak kata apapun . bukan depa yang nak judge kita esok . menjadi abid dan khalifah . beribadat kepada Allah . dan mengajak orang lain buat kebaikan dan kita pun sama sama haa cenggitu . barulah akrab ! eceh tetibe

mari sahut cabaran ini
pegang erat tanganku *ecewah* 

Sesal

Sesal separuh nyawa . tu lagu alyah . emm .

sesal . menyesal . jangan pernah menyesal dengan apa yang kau dah buat . dah lepas tu lepas . takyah dikenang .

mesti ada hikmah kenapa kau buat benda tu dan kenapa ianya terjadi . kat kau . Allah takkan saje je tentukan perkara tu jadi kat kau . ada mesej yang Allah nak sampaikan kat kau . celah positif sikit *angkatkening*

bersangka baik . tapi ada tempatnya . tak semua orang kita boleh bersangka baik . nanti pijak kepala *adui!*  . tapi dengan Allah pastinya bersangka baik . iye anak anak :)

sesegar hijau daunan begitulah kita diibaratkan . . . haa tebawak bawak nyanyinye

kau menyesal apa sebenanya ? menyesal sebab bile buat sesuatu tu tetibe kene marah . adeh menyesal la buat kalau tak tak kene marah . ada sebab kene marah dek . bukannya saja saja kene marah . nak bagi pengajaran . ha lepas dah kene marah dah thu kenapa kene marah oh sebab ada buat silap . thu dah silapnya mana ? jangan ulang silap tu lagi . its called belajar dari kesilapan *tepuktangan*

hmph . macam ritu . umpamanya masok bilik orang tapi tak bagi salam . teros masok . takpasal kene marah padanmuka!  .  fikir sebelum buat .

Jangan menyesal dapat keje sekolah yang banyak . jangan cakap banyak sikit pun dah merengek ngengade . kenapa ? sebab Allah nak suruh kau belaja . supaya ada ilmu . jadi orang berguna . jadi manusia .

 Dalam binatang ada manusia . Dalam manusia ada binatang . 

Takde apa tu statement je . hehe .



Monday, 19 October 2015

tak paham

Tak paham dengan situasi sekarang . salah siapa ? eh bukan salah siapa . situasi pun tak paham . gaduh ke ? ke elok je ? kau baik tak dengan aku sekarang ni ? kau okeh je ke dengan aku ?

aku sakitkan hati kau iye . sebab terkadang tu buat apa apa tanpa sedar . tak sangka boleh sakitkan hati orang lain . calarkan hati orang lain . hakis hati orang lain . hilang kepecayaan *tetibe*

aku masih tak paham situasi . dalam beberapa hari ni lain je aku nengok *angkatkening* . kalau ada masalah cakap la . lagi lagi dengan aku sebab dengan aku je kau lain ngan orang lain okeh je aku nengok .

ke aku yang teghasa sangat ? hmph . hati manusia boleh berubah . anytime . lain macam sejak akhir akhir ni . ghase nak teghoyaaaakkkk *tepukdinding*

apepun aku harap takde masalah di antara kita *cewah* . tolonglah kalau nak marah nak tego . buat je . takyah hesitates *betolketu* . hati takyah dijaga sangat . kalau tak sampai bila nak centu kalau tak ditego . kan ? *angguk*  . em . semua ada cara masing masing . cara belaja masing masing . cara makan masing masing dan lain lain . dan aku tak thu pulak kalau cara aku tu boleh buat kau marah . sebelum apa apa aku tanya kau 'aku bising ke' . kau kata tak .

cakap pun taknak pandang . apa marah sangat ke . cakap jelah . aku pun nak thu jugak apa salah aku . boleh aku mintak maaf . heh . sebelum kau cakap pun aku dah mintak maaf . tapi kau cakap mintak maaf sebab apa . pulak -.-

macam hide something . klu pasal lain aku tak nak thu . tapi kalau pasal aku ceghita la . bukannya ajak gadoh kalau nak jomla   . tapi aku pun jenis pendam . tapi taklama . lama lama biojela . kata izah oghang 'berserah itu pasrah . pasrah itu menyerah . '  . kalau aku redhaaa .

haih . apapun aku harap apa yang aku nmpak depan mata aku sekarang ni hanyalah perasaan aku . aku harap kau akan cakap 'la tak marah apapun kau yang terasa lebih ni' . and you mean it . ofcoz .
tapi babe aku tak marah kat kau sikit pun hehe . hey ! kita kan kawan *lompatbintang*

takde tuju sesapa pun . tapi sapa makan cili terasa pedasnya *gelakjahat*

kawan ?



beban

Sesuatu yang bagi kita berat untuk kita tanggung . beban yang ada dalam diri kita .

kuat semut ni 


Jangan pernah merasa beban . untuk melaksanakan perkara yang dipertanggungjawabkan untuk kita . kerana ianya tanggungjawab kita . amanat yang diberikan . macam pegi kuliah . pegi keje . pun memang tanggungjawab sebagai student dan pekerja . 

same goes to solat . ianya perintah Allah . jangan kau rasa beban kalau nak solat . 

melakukan sesuatu dengan paksaan . macam tak rela . nak tak nak je . *tubebanke*

apapun semut tu memang kuatlah . wuish kuat tu . kau ingat senang ke nak angkat ranting pokok tu . semut tu kecik je nak dibandingkan dengan benda yang dia angkat tu . tapi kalau semut tu gigit memang sakit . semut tu kerengga kan ? tak silap la .

hah ! back to topic . hehe . haa beban . load . kalau belaja sains dulu ada denga pekataan ni . sains tingkatan 1 . ke 2 ? tah . load , effort dengan apa ye lagi satu *ketukkepala* . haa centula . topic tu best . . . hmph -.-

itulah beban . terima kasih :)

Monday, 12 October 2015

Hidup

Sekarang kat rumah . makan bubur nasi . adik ada kat sebelah ni . main sims . mama panggel ajak makan tapi aku masih menghadap laptop lagi . laptop aku warna merah . sebelah laptop ada pendrive . sebelah lagi satu ade test pad . adik punya . dia suka letak meghata ghata *jeling*

Hidup penuh dengan cabaran . nak tak nak kene hadapi jugak . hidup dekat dunia bukan semata hanya untuk buat kerja dunia . ada sebab kita dihidupkan di dunia ni . bukan makan untuk hidup . dan bukan hidup untuk makar . err -.-


Menjadi abid dan khalifah . melakukan ibadah dan mengajak orang lain membuat kebaikan . cuba . cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya .

10.10

Boleh jadi pointer . boleh jadi markah . ape pun boleh ikut kefahaman masing masing . haa tarikh pun boleh .

Em bukanlah harijadi aku . bukan harijadi kawan aku jugak . tak thu la harijadi siapa .

Satu kosong titik perpuluhan satu kosong .

Bawak makna yang banyak . oh aah . dua hari lepas tarikh ni . terlajak dua hari pulak .
Dua hari lepas emm hari sabtu . oh .  mase tu aku takde kat kolej . aku kat lua . awal pagi dah kelua kolej dengan bertemankan monyet monyet Phd ni .


Mereka lebih bijak dari kita . dah tahu selok belok kolej . berbanding kau yang tak sampai 2 bulan duduk kolej . 

Friday, 2 October 2015

main main eh

Die main main la . aku tak suka . kalau dah tepikir tu tak boleh hilang dalam kepala hotak . asek pikir je . sampai esok . sampai tak tido sampai tak makan . aku jadi takot klu pikir pasal tu . nak kata stress . . tak lah stress . takut . paham takut ? 

Die main main dalam fikiran . aku taknak pikir sebenanya pasal tu . tak nak tahu . tak nak amek tahu . tapi tak boleh . kene amek tahu . sebagai umat Islam . dan kalau betul kau tu manusia yang berperikemanusiaan . 


Tengok pun thu . apa yang terjadi . ceghita pon tak sanggup . aku tak thu menahu pun pasal ni . means bukanla totally lost . tapi yang aku thu orang yang tidak berdosa bermandi darah disana . yang hina dibangga banggakan , yang berkilau kau rejamkan *ehbetolkeayataku* 

Kadang tu tepikir apa yang aku buat sebagai umat Islam ? kau tolong tak saudara kau kat sana ? takyah cakap sana , sini pun kemanaa . takyah cakap sini diri sendiri pun hmph . cemburu tengok oghang post macam emm p gaza tolong orang kat sana . post nak derma kat gaza pon ade itu pun aku berat tangan nak forwardkan acano ? . at least nampak usaha . dapat pahala tak rugi apa . aku buat apa ? 

cuba taip gaza . apa yang keluar ? aku baru taip tadi sebab nak cari gamba nak letak dalam entri ni . apa yang keluar gais ? apa yang terlintas di pikiran tengok gamba bangunan kene bom . aku jenis yang lemah . lemah tengok darah . tengok orang kene pukul pun dah begeta' lutut . aku ingat nak amek je gamba yang children sebab bile kau taip gaza die akan klua banyak kategori . war . children . tunnels . save . aku tekan children . 

huh ! *gulp* terserlah kelemahan kat situ . kenapa weh . apa salah budak budak nih . memang aku tak tahu cerita . kenapa beperang? kenapa weh . tak boleh damai ke . cara baik  ? 

aku macam apakah em apakah sumbangan aku kat dunia ni sebagai umat Islam ? aku ade terbaca satu buku ni . katanya bila beliau di gaza . beliau nampak kete cabel kebal . ke arah beliau . beliau pun belari . takut . itu orang kita kat sana . macammana orang sana react dalam situasi ni ? depa boleh bediri depan kete kebal tu . tak takut . untuk mempertahankan ugama Islam . untuk menegakkan apa yang betul . 

apa yang aku cakap ni semua bedasarkan ape yang aku belaja ape yang aku denga . kalau salah betulkan aku . dunia ni neraka . akhirat esok syurga . itu mereka . sakit , rintihan anak tiri di dunia , tapi mati syahid akhirat esok siapa boleh pikir ganjarannya ? . repeat . itu mereka . kita ? 

cuba nak ikut diorang . Masya-Allah hati yang sangat kuat . percaya kepada ketentuan Allah . bezanya mereka dengan kita . kuatnya diorang . kita rasa nak pegi sana bia aku pun nak mati syahid . berjuang habis habisan di jalan Allah . tapi betolke ? iye betol . Say Alhamdulillah .

Betulkan niat . hidup di dunia kerana apa ? kenapa Allah hidupkan aku sampai sekarang ? Allah nak bgthu apa kat kita ? selalu diingatkan . jangan tinggal Quran kerana ianya panduan hidup . semua dah tertulis dalam tu . baca dah baca . nak translate ade dalam Quran kecik yang ade rumi punya tulisan tu . jadi apa yang cuba aku sampaikan ni ?. pegi kelas . makan . minum . kencing . berak . tido . solat . ngaji . puasa . senyum . movie . dan ianya berulang . tak berani nak cakap tak buat salah dalam hidup . mestilah ada . emm jadi ?

itu rutin makcik . semua orang buat . i mean , what makes you different from others ? just think about it .
  
maaf andai entri ni emokpanjang! merapu . aku pun tak thu ape aku cite . tapi just luahkan apa yang tebuku dalam hati ni walaupun still lagi denga lagu goyang dumang *tepukdahi* . tu aku cakap . bile die tak main main dalam pikiran aku , aku okeh . happy je jalankan rutin hidup tapi datang je pikiran tu teghos tepikir . what am i doing right now ? cuba . cuba menjadi lebih baik dari sebelumnya .

'Walau kau disiksa walau kau dihina percayalah Tuhan selalu ada'  . cewah macam penah dengan kan . lagu najwa la  



Thursday, 1 October 2015

Mentor

Bukan mentor kat tv3 tu . Tapi boleh jugak kalau kau nak . Tapi bukan itu yang aku nak bincangkan.

                 
*sikit lagi sikit lagi*

Haa ape yang korang nampak kat gambo di atas tu adalah perumpamaan ataupun gambaran untuk mentor dan mentee . kau yang mentee adalah yang tehegeh hegeh merangkak kat bawah tu . dan semestinya mentor kat atas yang menghulurkan tangan untuk membantu mentee .

Aku dah jumpe mentor aku . kemarin ?. Tah tak ingat .Tapi aku dah jumpe . Hampir letak notis kat pintu die sebab takde kat bilik . tedengar oghang bebual kat hujung naw . ahah ! itulah mentol mentor aku semestinya tidak syak lagi ! 

Semestinya mentor aku baik oghangnya .Pensyarah under Fakulti Undang Undang . *fiuhlappeluh* . Apa tugas mentor ? well . besides caring , dia akan bantu kita klu ade masalah . kau ceghita la apa masalah sekalipun In Shaa Allah pasti akan membantu . Nak mintak hug pun boleh *cewah*

Apa tugas mentee ? pikir la sendiri nak oi

Mentor mentee or panggilan mesranya MM bukannya aku kenal stat kat u . ghasenye kat matrik pun ade jugak . nama mentor aku dulu em cikgu em cikgu . eh bukan tak ingat . aku tak selalu jumpe mentor aku don worry :) 

Ape ape pun janganlah kau mempergunakan mentor a.k.a cikgu kau ni . eh bukan setakat cikgu doktor malah prof . hormat yang pastinya . kau gunakan dia hanya untuk mendapatkan markah . iyeke markah ? tahla . apebende tah yang kite perlukan dari mentor supaya baru boleh graduate  . . . *apeakucakapnih* 

Memang . memang aku cakap tak serupa bikin . 'cakap orang konon kau pun sama nak tak nak je jumpe mentor ' . talk to the hand . aku cakap ni bukan untuk korang je . diri sendiri jugak ler -.- 

aku nak memperingatkan korang je . sekurang kurangnya nampak la effort die *angkatkening*

Kata akhir emm hargailah mentor anda . kbye *tepuktangan*


Monday, 28 September 2015

Pilihan

Dalam hidup ni banyak pilihan . Banyak sangat . Jadi , dengan akal yang dikurniakan , kita boleh pilih mana mana yang kita nak dengan tahunya mana baik mana buruk , mana betul mana salah . Jangan salahgunakan akal .


Apabila kita ada banyak pilihan , kita tak tahu nak pilih mana satu . Jadi , dengan menggunakan hati akal , pilihlah sebaik mungkin . Jangan membuat pilihan dengan menggunakan hati ! Tidak sama sekali . Jangan terlalu ikut emosi . Takut takut pilihan tu em boleh jadi salah . 

As a student , contohnya , kau diberi pilihan sama ada naik bas atau berjalan kaki ke fakulti . Dengan menggunakan akal yang diberikan kepada korang , fikirlah sebaik mungkin . Mungkin ada baik ada buruknya jalan kaki ni . Kalau jalan kaki , memerlukan tenaga fizikal dan kesabaran yang tinggi . Kalau fakulti dekat . Kalau fakulti jauh ? Emm . Boleh jadi kurus *cough*

Kalau naik bas , kompom tak penat melainkan penat tunggu bas . Jauh ke dekat fakulti tu tak ada masalah . Tak rugi apa apa . Free pulak tu . Cumanya mungkin kau akan di'describe'kan sebagai pemalas or jaga kulit punya orang . Ngeh .

Jadi , buatlah pilihan dengan baik dan pilihan yang tepat sangat penting kerana ianya memberi kesan pada masa hadapan anda . Sooo goodluck !


Obses

Obses ...

Obses ...

Apetu ? Kalau ikut istilah google mengganggu, sentiasa dalam fikiran, menggoda, mengharu, memusatkan perhatian . Hmm . Kalau pandangan aku obses tu terlalu taksub dengan sesuatu benda , tak semestinya benda . Boleh jadi orang , tempat dan lain lain . Contohnya , kalau kita terlalu obses dengan artis tu , kita akan ikut cara pakaian orang tu , cara percakapan , perbuatan dan lain lain . Kalau tempat hmm kalau kita terlalu kagum atau tertarik dengan keindahan atau kecantikan tempat tu , mungkin kita akan selalu pergi berkunjung tempat tu sebab terlalu obses dengan kecantikan dan keindahan tempat tu . Bagi aku , obses ni bahaya la jugak . Kalau terlalu lalu obses sehingga membawa kemudaratan , tak boleh jugak . Contoh lagi , kalau terlalu obses nak jadi kurus . Boleh je nak jadi kurus dengan amalkan pemakanan yang sihat , tak perlu sampai tak makan nasi sampai lapar satu hari . Jadi , bagi aku lagi , emm obses boleh jadi positif dan negatif . Yang positifnya , kalau ia membawa kepada kebaikan , its okay tapi kalau membawa kepada kemudaratan emm *geleng* no good . Jadi , boleh fikir sendiri . Kalau obses tu membawak kemudaratan pada diri sendiri , tinggal tinggalkanlah . Kalau obses tu mendorong ke arah kebaikan , just carry on !